Monday, July 5, 2010

Kampungku dikunjungi Tetamu lagi

Beberapa hari yang lalu kampungku dikunjungi tetamu lagi. Kali ini dari JKKK Bukit Bentong Pahang. Terima kasih kerana sudi mengunjungi kampung kami untuk lawatan sambil belajar Iks kg. Sungai Nibong Semerah Batu pahat Johor. Sekurang-kurangnya dapatlah kita bertukar-tukar fikiran dan pengalaman untuk memajukan kampung.
Pelawat dari Pahang selamat tiba di kampung Sungai Nibong lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan disambut oleh ketua Kampung, Adun Semerah Datuk Aris Samsuddin dan JKK Kampung Sungai Nibong Semerah. Dan kemudiannya turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Bte Ahmad yang juga mantan Puteri Umno Malaysia.
Para pelawat juga merasa amat bertuah dan gembira dengan sambutan oleh warga kampung dan juga Adun serta Ahli Parlimen kami yang mesra.Mereka diberi taklimat mengenai IKS pembuatan krepek tempe dan juga produk lain. Terima kasih kepada tuan Rumah Tn Hj Mesiran Bin Rosman yang menjadi destinasi lawatan.


Ketibaan Tetamu


Datuk Aris Bin Samsuddin Adun Semerah sedang menyampaikan ucapan


Datuk Noraini Bte Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong sedang mengalu-alukan kedatangan tetamu.


Ahli Parlimen , Adun Dan Penghulu Mukim 1 Lubok



Tetamu sedang mendengar taklimat


Meninjau proses membuat tempe


Pemberian Cenderahati kepada ketua rombongan



Buah tangan untuk tetamu , nanas Madu Sungai Nibong


akhbar Sinar harian juga turut hadir


Tetamu bergambar kenang-kenangan bersama Ahli Parlimen dan Adun Semerah

Jutaan terima kasih kepada JKKK Bukit Bentong Pahang yang sudi mengunjungi kampung kami. Semoga dapat berkunjungi lagi  ke kampung kami.


Tuesday, June 29, 2010

Kampungku yang Cemerlang


Sejarah telah membuktikan, kampung yang cemerlang adalah hasil dari penduduknya yang cemerlang.Memang bangga, kejasama dari penduduk telah menjadikan kampuku cantik dan masyarakanya makin bertambah produktif. Hasil pertanian dan Iks telah menjadikan kampungku sentiasa menjadi tumpuan. Ekonomi mangkin kukuh dan kehidupan mangkin bertambah baik. Alhamdulillah....kami memang amat bersyukur atas nikmat  ini, kurniaan Allah yang amat berkuasa dan bantuan dari pemimpin kami.

Kegiatan ekonomi memang memberangsangkan. Berbagai-bagai industri telah wujud dikampung kami. Dari yang kecil kepada yang lebih besar. Dodol, rempeyek, tempe,kerepek tempe, mas Cotek, nanas madu,nanas morris,pisang tanduk,kek buah,mee siput dan tak dapat saya sebutkan satu persatu. Produk-produk kampung kami memang berkualiti. Contoh-contoh produk kampung kami.



Industri mee siput

kerepek ubi dan kerepek ikan


Idustri kerepek yang mempunyai perasa asli, bbq, kari.



Nanas Madu memang manis

Kebudayaan memang tetap terpelihara. Pengiat seni memang ramai, masih memelihara kesenian lama dari nenek moyang. Barongan ,Zapin, kompang, gazal ,kugiran dan  gazal berirama dan sebagainya.



Kumpulan  Barongan



Tetamu-tetamu luar memang sentiasa melawat kampung kami, seperti Wanita wilayah Persekutuan, Rombongan dari Sarawak, PLKN, pelawat-pelawat Jepun, dan banyak lagi yang ingin melihat keindahan kampung kami.








Rombongan dari Sarawak



Rombongan dari Wilayah persekutuan.


Pemimpin-pemimpin Kami




Ahli Parlimen Pt Sulong Datuk Noraini Bte Ahmad dan Datuk Aris Bin Samsuddin Adun Semerah




En. Misnon Bin Seri Ketua Kampung Sungai Nibong Semerah Batu Pahat

Terima kasih kepada semua warga Kampung Sungai Nibong Semerah





Sunday, June 27, 2010

Perkahwinan Cara Masyarakat Jawa

Perkahwinan masyarakat Jawa memang unik. Jarang-jarang dilakukan dizaman moden ini. Tapi saya kagum masih terdapat kampung yang mengekalkan perkahwinan cara masyarakat Jawa. Kg Sungai Nibong Semerah Batu Pahat Johor ,bukan sahaja kampung yang yang terkenal kerana memenangi berbagai anugerah tetapi ia adalah sebuah kampung yang banyak mengekalkan cara hidup masyarakat keturunan Jawa, terutama dari kumpulan rewang , kebudayaan,cara perkahwinan dan cara kehidupannya.

Baru-baru ini satu majlis perkahwinan yang meriah telah diadakan di Rumah En. Katiman Bin Miskon. Majlis tersebut telah dihadiri oleh masyarakat dari berbagai bangsa dan juga turut dihadiri oleh Datuk Abd Rahim Bin  Abu Bakar ( ketua cawangan khas Bukit Aman). Maaf kalau tersilap nama dan gelaran kerana saya hanya dimaklumkan oleh salah seorang tetamu yang hadir.Gambar-gambar sempena majlis tersebut.



Kumpulan Barongan yang mengarak pengantin



Pengantin diarak dihalaman Rumah



Pengantin disambut dengan Silat oleh anak-anak Tadika Kampung Sungai Nibong


Pasangan mempelai diatas Pelamin



Ketua Kampung En. Misnon Bin Seri Dan Ocs Balai Polis Semerah Sjn Mejar Ismail turut hadir


Datuk Abd Rahim sedang menepung tawar


para tetamu yang hadir meraikan pengantin





Tuan Rumah En. Katiman Bin Miskon

Saya bagi pihak warga kampung ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada  semua tetamu yang hadir, terutama kepada tetamu-tetamu dari kuala Lumpur, JB dan seluruh penduduk kampung. Semoga pasanga mempelai bahagia hingga keanak cucu. " Selamat Pengantin Baru "




Tuesday, February 23, 2010

Demi masa

Masa begitu pantas berlalu. Aku pun tak tau apa yang aku buat selama ni, siang,malam, siang malam. Rupanya dah nak masuk bulan tiga. Aku tak sempat pun nak update blog ni. Maklumlah awal tahun ni biasanya masa yang paling sibuk bagiku. Maklumlah sibuk dengan sukan pelajar, persediaan untuk pelajar spm dan lain-lain.
Terima kasih kepada warga Sg Nibong yang memberi perangsang kepadaku.Tak sangka plak ada anak-anak kampung yang sudi mengunjungi blogku. Kg pun dah jadi sebutan ramai. Sejak kampung Sg Nibong ditayangkan di RTM 1, Kg Sungai Nibong terkenal di seluruh Negara. Terbaru TV8 telah mengadakan pengambaran untuk di tayangkan di siarannya. Nampak gayanya kampung ni dah jadi kampung glamour.
Bagus jugak kalau keunikan kg ditayangkan dirangkaian TV sebab nampak gayanya produk IKS Kg Sungai Nibong tak menang tangan untuk memenuhi tempahan. Krepek tempe, kek buah, mee siput, keropok pagoda, kerepek otak-otak goreng jadi kegemaran ramai.
Hebat-hebat produk Sg Nibong ni. Kerepek tempe pelbagai rasa, BBq, kari. perasa ori, manis dan sebagainya. Krepek tempe Sg Nibong Semerah ni unik sebab dia bulat. Tak ada tempat lain yang mempunyai krepek tempe yang bulat macam lemang. Nak rasa cubalah.
Akhir kata selamat menyambut Maulidur rasul . Terima kasih





Wednesday, December 2, 2009

Program Ibadah Qurban Belia Peringkat Daerah Batu Pahat

Hari ini hari ke 2 , hari raya Aidiladha. Majlis Qurban masih diadakan. Kali ini Kg Sungai Nibong diamanahkan untuk melakukan majlis Qurban untuk Belia Daerah Batu Pahat. Majlis dianjurkan oleh Pejabat Belia Daerah Batu Pahat bersama Persatuan Belia Camar Kampung Sungai Nibong dan JKKK Kg Sungai Nibong.

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ariss Samsudin ADUN Semerah . Dua Ekor lembu di korbankan yang disumbangkan oleh pejabat Belia Daerah Batu Pahat. Terima kasih diucapkan.


Dua Ekor lembu yang di Qurbankan

Pegawai Dari Pejabat Belia Daerah Batu Pahat dan Penyelia Kemas Parlimen Parit Sulong En. Zaid Mazri turut hadir.

Ketua kampung En. Misnon Bin Seri ketika menyampaikan ucapan


YB Datuk Hj Ariss Samsudin ketika merasmikan majlis.

Terima kasih diucapkan kepada semua belia, pejabat Belia Daerah, Pejabat Kemas Parlimen Parit Sulong dan JKKK Kampung Sungai Nibong Semerah.


Hari Raya Qurban

Pagi itu suasana suboh sungguh sepi dan sayu. Di sudut kampung kedengaran sayup-sayup suara bilal bertakbir menandakan hari ini adalah hari raya Qurban yang disambut sungguh gembira oleh seluruh umat islam termasuk aku. Aku bingkas bangun untuk membersihkan diri dan bersolat. Aku amat bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang olehnya menikmati kehidupan di dunia ini.
Pukul 8 pagi aku dah bersiap untuk menunaikan sembahyang sunat Aidiladha disurau 2 kg. Sungai Nibong tempat tinggalku. Suasana di surau sungguh sayu memuji keagungan Allah . Ramai anak kampung yang pulang samada yang tinggal jauh atau dekat. Masing-masing bersolat untuk memohon keberkatan dari Allah yang maha Agung. Solat Hari Raya berakhir pada pukul 9.30 pagi.
Aku terus bergegas pulang dan menjamah makanan yang tersedia. Aku menyiapkan diri dan terus ke surau kembali. Pagi ini aku telah diamanahkan untuk menguruskan korban keluarga En. Katmin Bin Husin . Se ekor lembu dikorbankan untuk Aidiladha tahun ini. Mudah-mudahan ibadah korban En. Katmin dan keluarga diterima oleh Allah Subhanallahi wataala. Semua kariah surau 2 bergotong royong untuk menyempurnakan majlis Qurban.

Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas dan doa kemudian penyembelihan dilakukan oleh Imam 1 surau 2 , Kg Sungai Nibong merangkap ketua kampung Sungai Nibong En. Misnon Bin Seri.






Hari ini majlis harus diselesaikan sebelum pukul 12 tengahari kerana hari ini adalah hari Jumaat. Semua kariah surau 2 akan menunaikan sembahyang Jumaat. Terima kasih kepada semua kariah surau 2, Kg Sungai Nibong kerana menjayakan korban ini .


Monday, November 30, 2009

Kampungku Menyertai Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang

Aku memang amat bersyukur kerana kampungku terpilih mewakili Daerah Batu Pahat dalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Johor. Aku memang berharap mudah-mudahan kampungku akan berjaya. Memang aku akui kampungku memang padat dengan aktiviti dan program peringkat kampung dan daerah. Sekurang-kurangnya semua warga kampung akan dapat bersama-sama dan merapatkan siratulrahim antara kami. Muafakat tentu akan membawa berkat. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya tempat-tempat yang menarik yang menjadi mercu tanda Sungai Nibong . Anak kampung tentu akan merasa bangga dengan kejayaan kampung.

Pada 25hb. November yang lalu para pengadil yang bijaksana telah datang dan menilai kampungku untuk pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Johor. Tentunya kampungku menghadapi saingan yang begitu sengit dengan daerah-daerah yang lain. Meskipun kampungku pernah memenangi berbagai-bagai pertandingan namun kami tetap berusaha untuk mendapat tempat dalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang. Kejayaan-kejayaan yang pernah kami kecapi seperti Johan pertandingan Landskap Kemas Peringkat Kebangsaan, Johan KPW peringkat Negeri Johor dan mewakili Negeri Johor ke Peringkat kebangsaan, Johan Landskap Herba Masjid Negeri Johor dan berbagai-bagai lagi telah menjadi pendorong kepada kami untuk mencipta kejayaan.

Ku rakamkan gambar untuk tatapan anak kampung diperantau dan warga kampung yang tak sempat bersama-sama dalam majlis penilaian oleh Pengadil-pengadil yang bijaksana.


Gerbang Masuk ke Dewan


Tarian Kuda Kepang Menyambut Pengadil


Persembahan Kumpulan Zapin Berirama Sungai Nibong

Rawatan Kesihatan Percuma kepada Penduduk


Perkumpulan Wanita yang mewakili KPW ke peringkat kebangsaan


Dikir Barat Kanak-kanak Sungai Nibong Menjadi Johan Dikir Barat JKOP Negeri Johor


Para Pengadil Sedang Menjamu Selera Bersama KADO Daerah Batu Pahat


Ketua Pengadil En. Nasharuddin dan Pemangku Penghulu mukim 1

Tetamu yang Hadir Bersama Ketua Kampung




Pn.Sharifah Wahid Penyelia Kanan Kemas Parlimen Parit Sulong merangkap ketua Wanita UMNO Parlimen Parit Sulong



KADO Daerah Batu Pahat Memotong Nanas Madu

Ketua Pengadil En. Nasharuddin Memotong Nanas.

Para Pengadil Bergambar Kenangan Bersama JKKK Kg. Sungai Nibong

Pengadil Berangkat Pulang.

Mudah-mudahan kampungku akan berjaya dan cemerlang.