Perkahwinan masyarakat Jawa memang unik. Jarang-jarang dilakukan dizaman moden ini. Tapi saya kagum masih terdapat kampung yang mengekalkan perkahwinan cara masyarakat Jawa. Kg Sungai Nibong Semerah Batu Pahat Johor ,bukan sahaja kampung yang yang terkenal kerana memenangi berbagai anugerah tetapi ia adalah sebuah kampung yang banyak mengekalkan cara hidup masyarakat keturunan Jawa, terutama dari kumpulan rewang , kebudayaan,cara perkahwinan dan cara kehidupannya.
Baru-baru ini satu majlis perkahwinan yang meriah telah diadakan di Rumah En. Katiman Bin Miskon. Majlis tersebut telah dihadiri oleh masyarakat dari berbagai bangsa dan juga turut dihadiri oleh Datuk Abd Rahim Bin Abu Bakar ( ketua cawangan khas Bukit Aman). Maaf kalau tersilap nama dan gelaran kerana saya hanya dimaklumkan oleh salah seorang tetamu yang hadir.Gambar-gambar sempena majlis tersebut.
Kumpulan Barongan yang mengarak pengantin
Pengantin diarak dihalaman Rumah
Pengantin disambut dengan Silat oleh anak-anak Tadika Kampung Sungai Nibong
Pasangan mempelai diatas Pelamin
Ketua Kampung En. Misnon Bin Seri Dan Ocs Balai Polis Semerah Sjn Mejar Ismail turut hadir
Datuk Abd Rahim sedang menepung tawar
para tetamu yang hadir meraikan pengantin
Tuan Rumah En. Katiman Bin Miskon
Saya bagi pihak warga kampung ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, terutama kepada tetamu-tetamu dari kuala Lumpur, JB dan seluruh penduduk kampung. Semoga pasanga mempelai bahagia hingga keanak cucu. " Selamat Pengantin Baru "
1 comment:
bapakku...congrat to penduduk sg nibong yg dah maju. ...
Post a Comment