SUDUT AGAMA

Assalamualaikum , Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.
Dalam post kali saya nak berkongsi dengan semua mengenai tajuk yang selalu kita dengar iaitu Nafkah.
Nafkah
Nafkah adalah segala sesuatu yang berbentuk makanan, pakaian dan tempat tinggal yang harus diberikan oleh seseorang kepada tanggungan dan yang wajib baginya.

Kewajipan suami mencari nafkah dan kepada siapa diberikan.

1. Isteri yang wajib bagi suami
    Berkewajipan bagi suami untuk memberi makanan, pakaian dan tempat perlindungan kepada isteri .

2. Kedua ibu bapanya.
    Ibu bapa adalah tanggungan bagi anak.
    Firman Allah :  " dan berbuat baiklah dengan ibu bapak...." ( an- Nisa' ( 4 ) :36
    Jadi menjadi kewajipan bagi anak memberi makanan, pakaian dan tempat perlindungan bagi ibu
    bapa.

3. Anak yang masih kecil kewajipan orang tuanya memberi nafkah.
   Firma Allah : " berilah mereka belanja dan pakaian dan ucapkan kepada mereka perkataan-  perkataan  yang baik. " (4 ): 5

4. Pembantu menjadi kewajipan tuannya untuk memberi nafkah.
    Bagi hamba sahaya wajib mendapat makanan dan pakaian denga cara yang baik. Dan janganlah dibebani mereka dengan pekerjaan yang tak mampu mereka lahukan. " ( Muslim ).

5. Haiwan ternakan menjadi kewajipan pemiliknya memberi makan.
    Masuk neraka bagi seseorang yang membiarkan haiwan ternakannya yang dikurung  tanpa memberi makanan dan juga tidak melepaskannya untuk dia mencari rerumput tanah. ( Ashabus-sunan ).
  

No comments: