Tuesday, March 18, 2014

Kampung Sungai Nibong Dipukul Ribut

Semalam 18hb. Mac 2014 lebih kurang pukul 3.00 petang , dalam keadaan hujan yang lebat beberapa rumah telah dipukul ribut. Ini menyebabkan kerosakan yang besar kepada beberapa buah rumah. Kami seluruh penduduk Kampung Sungai Nibong Semerah ingin merakamkan keperihatinan dan kesedihan atas musibah yang berlaku ini. Kami juga bersyukur kerana musibah ini tidak melibatkan kemalangan jiwa. Semoga penduduk yang terlibat dengan musibah ini bersabar dan menerima ketentuan dari Allah ini. 

Sehubungi dengan itu Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Semerah YB En. Ismail Bin Roslan telah melawat kawasan ini dan menganggarkan kerosakan yang berlaku. Semoga penduduk yang terlibat akan dapat bantuan dan pembiayaan pembaikan kerosakan tersebut. Rumah-rumah yang terlibat adalah rumah En. Tukiman Bin Sies, Tukimen Bin Sies, Cikgu Tohid, rumah allahyarham en. Wahid Bin Ismail dan Rumah tuan Hj Taib Bin Katijo. Kerosakan-kerosakan rumah yang terlibat.






Thursday, January 30, 2014

Tn. Hj Katiran Bin Rosman telah kembali kerahmatullah.

Adalah dimaklumkan bahawa Tn. Hj Katiran Bin Rosman telah kembali kerahmatullah pada hari selasa bersamaan 28hb.Jan.2014 jam 4.45 petang. Saya mewakili seluruh penduduk kampung Sungai Nibong ingin mengucapkan takzian kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga sabar menerima dugaan yang amat besar ini. Mudah mudahan roh allahyarham akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Friday, May 10, 2013

Kemenangan BN Parlimen Parit Sulong dan DUN Semerah.

PRU 13 telah berlangsung pada 5.5.2013 yang lalu. Calon Parlimen Parit Sulong YB Dato' Noraini Ahmad dan Calon Dewan Undangan Negeri Kawasan Semerah  YB Mohd Ismail Bin Roslan telah berjaya dengan kemenangan yang besar. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua yang berhormat. Semoga kedua-dua yang berhormat dapat menjalankan khidmat mereka dengan cemerlang. 

Saturday, November 17, 2012

Lawatan Wira Dan Wirawati PLKN Tanjong Semberong Ke Kampong Sungai Nibong

Lawatan Wira Dan Wirawati PLKN Tanjong Semberong ke Kampung Sungai Nibong telah diadakan pada hari ini Sabtu 17hb.Nov.2012 . Program Anjuran Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat, JKKK dan PLKN telah diadakan di Dewan Kampung Sungai Nibong Semerah Batu Pahat Johor. 
Wira dan wirawati seramai 195 orang dari PLKN Tanjong Semberong telah tiba pada pukul 8.40 pagi diringi oleh Komander PLKN Tanjong Semberong Mejar Abd Rahim Bin Ahmad serta jurulatih PLKN Tanjong Semberong. Ketibaan wira dan Wirawati serta rombongan telah di sambut oleh pengerusi JKKK dan Ahlijawatankuasanya. Ketiban rombongan disambut dengan tarian kuda kepang dari Kumpulan Kuda kepang Sinar Warisan.



Ketibaan Wira Dan Wirawati


Tarian Kuda Kepang Oleh Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan

Majlis telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Bte Ahmad. Kedatangan Yang Berhormat telah di sambut oleh Pegawai Penerangan Batu Pahat, Penghulu Mukim 1 Lubok , Pengerusi JKKK Kampung Sungai Nibong En. Misnon Bin Seri , OCS Balai Polis Semerah dan Komander PLKN Tanjong Semberomg Mejar Abd Rahim Bin Ahmad.





Ketibaan Datuk Noraini Bte Ahmad



Mejar Abd Rahim Bin Ahmad, Pegawai Penerangan Batu Pahat dan Penghulu Mukim 1 Lubok En. Khalim Bin Abdullah.

Gambar-gambar sekitar Program Lawatan Wira dan Wirawati PLKN Tanjong Semberong






Kumpulam Kuda Kepang Sinar Warisan





Sebahagian daripada juadah Sarapam pagi untuk peserta.
















JKKK Kg Sungai Nibong Semerah


Datuk Noraini Bte Ahmad
YB Parlimen Parit Sulong







Pegawai dari PLKN Tanjong Semberong







Para peserta telah di bawa melawat kampung dan sebahagian pengusaha IKS di kampung Sungai Nibong Semerah.
Majlis penutupan Rasmi telah di sempurnakan oleh KADO Daerah Batu Pahat mewakili Pegawai Daerah Batu Pahat Johor.


Ketibaan KADO Daerah Batu Pahat Johor Tuan Hj Ropie Bin Subari ke Kampong Sungai Nibong Semerah Batu Pahat Johor.

Disebelah tengahari para peserta dan tetamu telah di jamu dengan hidangan nasi Ambeng.
Dan seluruh penduduk kampong Sungai Nibong ingin merakamkan jutaan terima kasi kepad YB Datuk Noraini Bte Ahmad , Pegawai penerangan Batu Pahat, Kado Pejabat Daerah Batu Pahat, Komander PLKN Tanjong Semberong, Penghulu Mukim 1 Lubok, OCS Balai Semerah, Ketua-ketua kampung dan seluruh penduduk kampong Sungai Nibong yang terlibat.

Monday, June 4, 2012

Fadhilat Surah Al-fatihah

Fadhilat Surah Al-Fatihah
Surah Al-fatihah adalah satu surah yang sangat ampuh untuk berbagai-bagai jenis penyakit dan masalah. Ianya telah lama diamalkan oleh umat islam sejak zaman berzaman. Elok untuk zikir dan amalan harian. Antara fadhilat-fadhilat surah al-fatihah adalah:-

1.  Sebagai pendinding diri dan keluarga.
2.  Penawar pelbagai penyakit dan masalah.
3.  Menghilangkan sifat pelupa.
4.  Untuk menyembuhkan sakit mata.
5.  Mendoakan orang sakit supaya cepat sembuh.

Sunday, May 13, 2012

Kemalangan yang Melibatkan Rombongan UMNO dari Kg Lubok dan Kg Sungai Nibong Semerah


Seorang Maut, 77 Cedera, Nahas Dua Bas

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas maut, manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal Sabtu.

Roha Dol, 79, anggota wanita Umno Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini akibat kecederaan di kepala dan badannya.

Pengarah hospital berkenaan Dr Jaafar Che Mat berkata mangsa disahkan meninggal dunia 5.40 pagi. Kesemua yang cedera pula dirawat sebagai pesakit luar di hospital itu.

Dalam kejadian pukul 2.58 pagi itu, dua bas berkenaan yang membawa anggota Umno, dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat, Johor setelah menghadiri sambutan ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas yang membawa 40 anggota Puteri Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu yang hendak ke Melaka, terlebih dahulu melanggar belakang sebuah treler ketika tiba di tempat kejadian. – BERNAMA


Thursday, April 12, 2012

Kembalinya kerahmatullah En.Wahid Bin Ismail

Dengan dukakacitanya dimaklumankan bahawa En. Wahid Bin Ismail telah kembali kerahmatullah pada malam Khamis 12hb.April 2012. Kami seluruh warga kampung Sungai Nibong ingin merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga bersabar dan menghadapi dugaan ini dengan tenang. Kami berdoa semoga Allahyarham dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin