Kembalinya kerahmatullah Penghulu Mukim 1 Lubok, Semerah Batu Pahat Johor pada 6hb.Julai 2009 jam 4.00pagi di Hospital batu Pahat. Dengan perasaan sedih kami warga Kg.Sungai Nibong Semerah ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Penghulu Mukim 1 Lubok, En.Samuri Bin Abd. Majid dengan kembalinya kerahmatullah Tok Penghulu yang kita kasihi.Semoga keluarga beliau bersabar dan menerima dugaan dari Allah dengan hati yang cekal.
Beliau merupakan seorang Penghulu yang sentiasa berkhidmat untuk penduduk di kampung pentadbirannya dan banyak berjasa kepada kampung-kampung dijajahan mukim 1 Lubok.Kami warga Kg Sungai Nibong amat terhutang budi kepada beliau.Beliau merupakan seorang penghulu yang peramah dan mudah untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja. Kita telah kehilangan seorang Penghulu yang didikasi dan dihormati.
Sesungguhnya bahawa kita datang dari Allah dan kita juga akan kembali kepadanya.Semoga Roh Allahyarham akan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Alfatihah.
1 comment:
Takziah diucapkan.. Memang beliau seorang yang berdedikasi dan kuat bekerja untuk kemajuan Sg Nibong dan Lubok... Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Amin..
Post a Comment