Alhamdulillah hari ini hari ke-14 kita berpuasa. Sudah hampir separuh bulan Ramadhan telah kita harungi. Mudah-mudahan kita akan mendapat keredhaan dari Allah yang maha esa. Aku dan keluargaku telah mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil pada petang ini , sempena 100 hari kembalinya kerahmatullah bapa tercinta Hj Abdul Rahim Bin Marjo. Semoga rohnya dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.
Tak lama lagi Aidilfitri akan menjelma, namun rasanya bagi kami sekeluarga hanya kesedihan yang kami rasai. Ibu dan bapa semua telah tiada. Hanya doa saja yang kami pohon untuk menghadapi dugaan yang kami tempuhi. Semoga kami tabah menghadapi raya kali pertama tanpa ibu bapa disisi. Daripada dia kita datang , kepadanya jua kita kembali. Amin
No comments:
Post a Comment