Beberapa hari yang lalu kampungku dikunjungi tetamu lagi. Kali ini dari JKKK Bukit Bentong Pahang. Terima kasih kerana sudi mengunjungi kampung kami untuk lawatan sambil belajar Iks kg. Sungai Nibong Semerah Batu pahat Johor. Sekurang-kurangnya dapatlah kita bertukar-tukar fikiran dan pengalaman untuk memajukan kampung.
Pelawat dari Pahang selamat tiba di kampung Sungai Nibong lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan disambut oleh ketua Kampung, Adun Semerah Datuk Aris Samsuddin dan JKK Kampung Sungai Nibong Semerah. Dan kemudiannya turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Bte Ahmad yang juga mantan Puteri Umno Malaysia.
Para pelawat juga merasa amat bertuah dan gembira dengan sambutan oleh warga kampung dan juga Adun serta Ahli Parlimen kami yang mesra.Mereka diberi taklimat mengenai IKS pembuatan krepek tempe dan juga produk lain. Terima kasih kepada tuan Rumah Tn Hj Mesiran Bin Rosman yang menjadi destinasi lawatan.
Ketibaan Tetamu
Datuk Aris Bin Samsuddin Adun Semerah sedang menyampaikan ucapan
Datuk Noraini Bte Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong sedang mengalu-alukan kedatangan tetamu.
Ahli Parlimen , Adun Dan Penghulu Mukim 1 Lubok
Tetamu sedang mendengar taklimat
Meninjau proses membuat tempe
Pemberian Cenderahati kepada ketua rombongan
Buah tangan untuk tetamu , nanas Madu Sungai Nibong
akhbar Sinar harian juga turut hadir
Tetamu bergambar kenang-kenangan bersama Ahli Parlimen dan Adun Semerah
Jutaan terima kasih kepada JKKK Bukit Bentong Pahang yang sudi mengunjungi kampung kami. Semoga dapat berkunjungi lagi ke kampung kami.
No comments:
Post a Comment