Sunday, August 14, 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil keluargaku.

Alhamdulillah hari ini hari ke-14 kita berpuasa. Sudah hampir separuh bulan Ramadhan telah kita harungi. Mudah-mudahan kita akan mendapat keredhaan dari Allah yang maha esa. Aku dan keluargaku telah mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil pada petang ini , sempena 100 hari kembalinya kerahmatullah bapa tercinta Hj Abdul Rahim Bin Marjo. Semoga rohnya dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.

Tak lama lagi Aidilfitri akan menjelma, namun rasanya bagi kami sekeluarga hanya kesedihan yang kami rasai. Ibu dan bapa semua telah tiada. Hanya doa saja yang kami pohon untuk menghadapi dugaan yang kami tempuhi. Semoga kami tabah menghadapi raya kali pertama tanpa ibu bapa disisi. Daripada dia kita datang , kepadanya jua kita kembali. Amin

Wednesday, August 10, 2011

Gandakan Amalan di Bulan yang mulia ini

Assalamualaikum,
Hari ini adalah hari yang ke sebelas kita berpuasa. Syukur kita dapat menjalani ibadah dengan tenang dan aman. Semoga amalan yang kita lakukan akan diberi ganjaran oleh Allah s.b.wt. Amin.

Berpuasa ganjaranya adalah amat besar. Kita harus merebut peluang yang amat istimewa ini.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)

Selain daripada itu, seperti apa yang diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya." (Hadith riwayat Bukhari)

Allah yang Maha Besar, sesungguhnya kurniakan keredaanmu itu kepada seluruh penduduk sungai Nibong, anak-anaknya, cucu-cucunya dan muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amin ya Rabbal alamin.


Sunday, August 7, 2011

Takziah Buat Keluarga Pn. Aton Bte Saion

Ahad 7hb.Ogos 2011, dengan hati yang sedih kita telah kehilangan seorang lagi  warga tua Pn. Aton Bte Saion ( Ibu kepada Tn.Hj Mahbob Surat ) yang telah kembali kerahmatullah pada malam  Ahad yang lalu. Kami bagi pihak pengerusi, AJK JKKK dan warga kampung Sungai Nibong ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Pn. Aton Bte Saion. Semoga keluarga beliau dapat bersabar dengan dugaan yang amat besar ini, sesungguhnya  kita sebagai manusia tetap akan menghadapi mati. Semoga rohnaya dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Thursday, August 4, 2011

Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam

Rasanya belum terlambat aku mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam terutama Penduduk Kg.Sungai Nibong. Maklumlah sejak awal lagi aku kurang sihat dan deman.Alhamdulillah, tahun ni aku dapat lagi menjalani ibadah puasa. Semoga semua penduduk kg juga dapat menjalani ibadah dengan rasa bersyukur dan penuh keberkatan.
Hari ni hari kelima kita berpuasa. Dikampung suasana masih tenang dan rutin harian berjalan seperti biasa. Cuma di waktu petang saje agak sibuk dengan ibu bapa mencari juadah dan mengambil anak pulang dari sekolah. Seminggu atau dua minggu lagi tentunya kampung akan menjadi sibuk kerana menerima kunjungan anak-anak yang berada diperantauan. Tentunya suasana kampung akan berubah, rumah-rumah dihiasi dengan bunga-bunga,lampu-lampu dan keriangan menyambut ketibaan Aidilfitri. Mudah-mudahan kita semua dihindari dari sebarang musibah yang tidak diingini. Amin

A Kiss of Adventure (Treasures of the Heart Series #1)       Lye in Wait (A Home Crafting Mystery)   The Help (Movie Tie-In)