Wednesday, December 14, 2011

Jalur Lebar yang tak Bermakna

 Kadangkala aku merasa kecewa bercampur geram. Apa tidaknya broadband dikampung ini tak boleh dicapai. Nak cari maklumat dan online untuk pasarkan barang pun jadi masalah. Bil internet kena bayar tapi nak capai internet pun payah. Kalau macam ni macamana orang di luar bandar nak maju. Semua peluang perniagaan dan melanjutkan pelajaran pun dah guna internet. Nampaknya penduduk luar bandar akan tetap ketinggalan.
         Aku harap wakil rakyat kita kena ambil tindakan. Takkanlah nak macam ni. Orang kampung penyokong kuat BN. Sokongan mereka harus dihargai bukannya dibiarkan. Baru-baru ni ramai anak orang kampung dapat laptop percuma daripada kerajaan. Alhamdulillah, terima kasih. Tapi apa maknanya ada laptop dan broadband kalau tak boleh digunakan. Jangan biarkan orang kampung menanggung bil broadband yang tak boleh digunakan. Kita kena fikirkan.
         Harap-harap orang kampung macam aku ni akan menikmati pasarana macam orang bandar. Di bandar kemudahan melimpah ruah, tapi kat kampung amat menyedihkan. Mangkin  lama mangkin jauh orang kampung ketinggalan. Kadang-kadang terpacul jugak suara dari orang kampung. Kita sokong kemudahan kurang , di bandar membangkang tapi kemudahan melimpah ruah.Harap-harap orang kampung dapat perhatian.... fikir-fikirkanlah.
        

Monday, October 24, 2011

Takziah Buat Keluarga En. Jais Bin Karto

Dengan perasaan sedih dan dukacita , kami seluruh penduduk Kg Sungai Nibong ingin merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham En. Jais bin Karto diatas kembalinya kerahmatullah pada 24hb. Oktober 2011 yang lalu. Mudah-mudahan seluruh keluarga beliau sabar menghadapi dugaan diatas kehilangan orang yang tersayang. Kita semua berdoa mudah-mudahan Allahyarham akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. amin

Thursday, October 6, 2011

Marhaban Wanita Kariah Surau 2 Kampung Sungai Nibong

Tradisinya majlis marhaban kumpulan wanita memang diadakan setiap tahun. Disamping memeriahkan lagi bulan shawal , kita dapat mengeratkan lagi siratulrahim kaum wanita surau 2 yang banyak menyumbang kepada kebahagiaaan rumahtangga.





Sekitar Majlis Jamuan Hari Raya Di Rumah Ketua Kampung

Pada Jumaat 2hb.Sept. 2011 telah diadakan Majlis jamuan Hari Raya untuk meraikan penduduk Kampung Sungai Nibong. Semoga dengan adenya candit kamera ini dapat memberi gambaran kemeriahan majlis tersebut dan juga dapat mengubati kerinduan anak-anak kampung yang di perantauan.










Ketua kampung menyambut tetamu



Tetamu yang hadir

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua penduduk Kg Sungai Nibong , anak-anak diperantauan, para pengunjung blog ini dan semua kaum muslimin dan muslimat. Nak cuba update blog tapi faham-faham ajelah line internet kat kampung. Nak masuk pun tak boleh, lebih-lebih lagi pada hari raya ni.
Syukur alhamdulillah nampaknya kegembiraan menyambut hari raya tahun ni begitu meriah. Masing-masing dengan pakaian serba baru dan menziarahi saudara-saudara dengan kereta yang serba mewah.Ini menandakan anak-anak kampung kita ramai yang berjaya. Mudah-mudahan ia akan menambahkan nilai kampung kita yang mempunyai ramai anak-anak yang berilmu dan dapat berbakti kepada kampung sendiri. Semua kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah dan mendapat keberkatan dari Allah.

Sunday, August 14, 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil keluargaku.

Alhamdulillah hari ini hari ke-14 kita berpuasa. Sudah hampir separuh bulan Ramadhan telah kita harungi. Mudah-mudahan kita akan mendapat keredhaan dari Allah yang maha esa. Aku dan keluargaku telah mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil pada petang ini , sempena 100 hari kembalinya kerahmatullah bapa tercinta Hj Abdul Rahim Bin Marjo. Semoga rohnya dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.

Tak lama lagi Aidilfitri akan menjelma, namun rasanya bagi kami sekeluarga hanya kesedihan yang kami rasai. Ibu dan bapa semua telah tiada. Hanya doa saja yang kami pohon untuk menghadapi dugaan yang kami tempuhi. Semoga kami tabah menghadapi raya kali pertama tanpa ibu bapa disisi. Daripada dia kita datang , kepadanya jua kita kembali. Amin

Wednesday, August 10, 2011

Gandakan Amalan di Bulan yang mulia ini

Assalamualaikum,
Hari ini adalah hari yang ke sebelas kita berpuasa. Syukur kita dapat menjalani ibadah dengan tenang dan aman. Semoga amalan yang kita lakukan akan diberi ganjaran oleh Allah s.b.wt. Amin.

Berpuasa ganjaranya adalah amat besar. Kita harus merebut peluang yang amat istimewa ini.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)

Selain daripada itu, seperti apa yang diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya." (Hadith riwayat Bukhari)

Allah yang Maha Besar, sesungguhnya kurniakan keredaanmu itu kepada seluruh penduduk sungai Nibong, anak-anaknya, cucu-cucunya dan muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amin ya Rabbal alamin.


Sunday, August 7, 2011

Takziah Buat Keluarga Pn. Aton Bte Saion

Ahad 7hb.Ogos 2011, dengan hati yang sedih kita telah kehilangan seorang lagi  warga tua Pn. Aton Bte Saion ( Ibu kepada Tn.Hj Mahbob Surat ) yang telah kembali kerahmatullah pada malam  Ahad yang lalu. Kami bagi pihak pengerusi, AJK JKKK dan warga kampung Sungai Nibong ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Pn. Aton Bte Saion. Semoga keluarga beliau dapat bersabar dengan dugaan yang amat besar ini, sesungguhnya  kita sebagai manusia tetap akan menghadapi mati. Semoga rohnaya dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Thursday, August 4, 2011

Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam

Rasanya belum terlambat aku mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam terutama Penduduk Kg.Sungai Nibong. Maklumlah sejak awal lagi aku kurang sihat dan deman.Alhamdulillah, tahun ni aku dapat lagi menjalani ibadah puasa. Semoga semua penduduk kg juga dapat menjalani ibadah dengan rasa bersyukur dan penuh keberkatan.
Hari ni hari kelima kita berpuasa. Dikampung suasana masih tenang dan rutin harian berjalan seperti biasa. Cuma di waktu petang saje agak sibuk dengan ibu bapa mencari juadah dan mengambil anak pulang dari sekolah. Seminggu atau dua minggu lagi tentunya kampung akan menjadi sibuk kerana menerima kunjungan anak-anak yang berada diperantauan. Tentunya suasana kampung akan berubah, rumah-rumah dihiasi dengan bunga-bunga,lampu-lampu dan keriangan menyambut ketibaan Aidilfitri. Mudah-mudahan kita semua dihindari dari sebarang musibah yang tidak diingini. Amin

A Kiss of Adventure (Treasures of the Heart Series #1)       Lye in Wait (A Home Crafting Mystery)   The Help (Movie Tie-In)

Sunday, March 27, 2011

Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Ketua Kampung En. Misnon Bin Seri

Majlis Perkahwinan Anak En. Misnon Bin Seri, Ketua kampung Sungai Nibong Semerah Batu Pahat Johor pada 13hb.Mac 2011.




Majlis Pernikahan

Bunga Mawar bunga Melati,
Tumbuh di bawah pokok Keranji
Usah adik Ragu Dihati,
Abang datang menepati janji



Majlis Persandingan

Pergi ke pasar membeli Tenggiri,
Tenggeri dimasak oleh kak Salmi,
Hati Gembira tidak Terperi,
Kekasih telah menjadi suami.


Makan Berdamai


Suapan Sayang dari isteri


Penyambut Tetamu


Rombongan Pengantin Lelaki


Datuk Hj Ariss Samsuddin dan Datin, ADUN Semerah hadir sama bagi memeriahkan majlis



Tetamu yang hadir



Kumpulan Kompang






Pak Naib Segak Menerima menantu.

Seluruh warga Kampung Sungai Nibong mengucapkan " Selamat Pengantin Baru " , semoga diberkati hingga ke anak cucu.

Sekitar Penggambaran Program Jaguh Kampung Astro


Penggambaran program Jaguh Kampung telah diadakan pada 26/27hb.feb. yang lalu. Lokasi penggambaran telah dilakukan di Rumah Tn.Hj Mesiran Bin Rosman seorang ushawan kerepek tempe terkenal di kampung Sg.Nibong Semerah Batu Pahat. Tahniah kepada Tn.Hj Mesiran dan seluruh warga Kg. Sungai Nibong. Anda boleh menonton tayangan Jaguh Kampung yang akan ditayangkan pada 2hb.April.2011.







Lokasi Tempat Penggambaran


Crew Jaguh Kampung Sedang Membuat Persiapan



Artis Abang Jaafar Onn dan kak Ogy . Ceria betul


Handsome Tul Abang Jaafar ni



Kak Ogy sedang mengacara rancangan


Penduduk kampung sedang melihat pengambaran



Terima kasih kepada pihak astro dan team Jaguh Kampung yang sudi memilih Kampung Sungai Nibong untuk penggambaran Program Jaguh Kampung.