Tuesday, February 23, 2010

Demi masa

Masa begitu pantas berlalu. Aku pun tak tau apa yang aku buat selama ni, siang,malam, siang malam. Rupanya dah nak masuk bulan tiga. Aku tak sempat pun nak update blog ni. Maklumlah awal tahun ni biasanya masa yang paling sibuk bagiku. Maklumlah sibuk dengan sukan pelajar, persediaan untuk pelajar spm dan lain-lain.
Terima kasih kepada warga Sg Nibong yang memberi perangsang kepadaku.Tak sangka plak ada anak-anak kampung yang sudi mengunjungi blogku. Kg pun dah jadi sebutan ramai. Sejak kampung Sg Nibong ditayangkan di RTM 1, Kg Sungai Nibong terkenal di seluruh Negara. Terbaru TV8 telah mengadakan pengambaran untuk di tayangkan di siarannya. Nampak gayanya kampung ni dah jadi kampung glamour.
Bagus jugak kalau keunikan kg ditayangkan dirangkaian TV sebab nampak gayanya produk IKS Kg Sungai Nibong tak menang tangan untuk memenuhi tempahan. Krepek tempe, kek buah, mee siput, keropok pagoda, kerepek otak-otak goreng jadi kegemaran ramai.
Hebat-hebat produk Sg Nibong ni. Kerepek tempe pelbagai rasa, BBq, kari. perasa ori, manis dan sebagainya. Krepek tempe Sg Nibong Semerah ni unik sebab dia bulat. Tak ada tempat lain yang mempunyai krepek tempe yang bulat macam lemang. Nak rasa cubalah.
Akhir kata selamat menyambut Maulidur rasul . Terima kasih





2 comments:

ali said...

tahniah .. kampungku hebat betul sehebat pokok nibong. kampong yang cukup meriah dengan aktiviti penduduknya dan kekuatan menjana ekonomi keluarga.
Tetapi......... bila balik sekali sekala macan ada yang tak kena dengan kampungku. Pelik juga mengapa kabel kabel telefon yang dicuri orang ngapa ya...... mana silapnya

cikgu jo said...

Ini yang jadi masalah.Pihak polis dan telekom pun tak dapat nak selesaikan.sekarang manusia dah hilang pertimbangan, yang haram pun dah tak kira. mudah-mudahan yang buat tu insaf dengan perbuatan mereka. Islam melarang umatnya membuat perkara yang buruk