Pagi tadi hujan turun dengan lebat. Liat sangat aku nak bangun tidur. Jam locengku berbunyi menandakan waktu sudah menghampiri pukul 5.50 pagi. Hai ...rasa berat pulak nak gi kerja. Hari ini hari terbuka sekolahku.Tentu ramai ibubapa yang nak jumpa aku nak mengetahui perkembangan anak-anak mereka yang akan mengambil SPM pada tahun ini.
Aku balik dari sekolah pukul 1.00 tengahari. Mandi dan terus pegi sembahyang Jumaat. hari ni badan aku terasa macam tak berapa sihat.dah satu minggu aku badan aku jadi macam ni. Klinik dah pegi. Tak taulah esok sihat lah agaknya.
Esok aku tak kerja. Esok ada lawatan Rombongan wilayah Persekutuan KL untuk lawatan sambil belajar ke kampung Sg nibong. Nampaknya kenalah sambut gak. Tamu katakan, lagipun aku salah seorang ahli JKKK.Pulak esok banyak jemputan kawin. Beginilah kalau duduk kat kg kenalah menghormati masyarakat sekeliling. Dulu masa kat bandar aku tak merasa cam ni.
Hari ni badanku dah dah letih sangat. Aku nak gi tidur. Lagipu esok kena menghormati tetamu. Mudah-mudahan mereka semua akan selamat sampai ke kampung Sungai Nibong Semerah.