Tuesday, March 18, 2014

Kampung Sungai Nibong Dipukul Ribut

Semalam 18hb. Mac 2014 lebih kurang pukul 3.00 petang , dalam keadaan hujan yang lebat beberapa rumah telah dipukul ribut. Ini menyebabkan kerosakan yang besar kepada beberapa buah rumah. Kami seluruh penduduk Kampung Sungai Nibong Semerah ingin merakamkan keperihatinan dan kesedihan atas musibah yang berlaku ini. Kami juga bersyukur kerana musibah ini tidak melibatkan kemalangan jiwa. Semoga penduduk yang terlibat dengan musibah ini bersabar dan menerima ketentuan dari Allah ini. 

Sehubungi dengan itu Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Semerah YB En. Ismail Bin Roslan telah melawat kawasan ini dan menganggarkan kerosakan yang berlaku. Semoga penduduk yang terlibat akan dapat bantuan dan pembiayaan pembaikan kerosakan tersebut. Rumah-rumah yang terlibat adalah rumah En. Tukiman Bin Sies, Tukimen Bin Sies, Cikgu Tohid, rumah allahyarham en. Wahid Bin Ismail dan Rumah tuan Hj Taib Bin Katijo. Kerosakan-kerosakan rumah yang terlibat.






Thursday, January 30, 2014

Tn. Hj Katiran Bin Rosman telah kembali kerahmatullah.

Adalah dimaklumkan bahawa Tn. Hj Katiran Bin Rosman telah kembali kerahmatullah pada hari selasa bersamaan 28hb.Jan.2014 jam 4.45 petang. Saya mewakili seluruh penduduk kampung Sungai Nibong ingin mengucapkan takzian kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga sabar menerima dugaan yang amat besar ini. Mudah mudahan roh allahyarham akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.