Kadangkala aku merasa kecewa bercampur geram. Apa tidaknya broadband dikampung ini tak boleh dicapai. Nak cari maklumat dan online untuk pasarkan barang pun jadi masalah. Bil internet kena bayar tapi nak capai internet pun payah. Kalau macam ni macamana orang di luar bandar nak maju. Semua peluang perniagaan dan melanjutkan pelajaran pun dah guna internet. Nampaknya penduduk luar bandar akan tetap ketinggalan.
Aku harap wakil rakyat kita kena ambil tindakan. Takkanlah nak macam ni. Orang kampung penyokong kuat BN. Sokongan mereka harus dihargai bukannya dibiarkan. Baru-baru ni ramai anak orang kampung dapat laptop percuma daripada kerajaan. Alhamdulillah, terima kasih. Tapi apa maknanya ada laptop dan broadband kalau tak boleh digunakan. Jangan biarkan orang kampung menanggung bil broadband yang tak boleh digunakan. Kita kena fikirkan.
Harap-harap orang kampung macam aku ni akan menikmati pasarana macam orang bandar. Di bandar kemudahan melimpah ruah, tapi kat kampung amat menyedihkan. Mangkin lama mangkin jauh orang kampung ketinggalan. Kadang-kadang terpacul jugak suara dari orang kampung. Kita sokong kemudahan kurang , di bandar membangkang tapi kemudahan melimpah ruah.Harap-harap orang kampung dapat perhatian.... fikir-fikirkanlah.