Fadhilat Surah Al-Fatihah
Surah Al-fatihah adalah satu surah yang sangat ampuh untuk berbagai-bagai jenis penyakit dan masalah. Ianya telah lama diamalkan oleh umat islam sejak zaman berzaman. Elok untuk zikir dan amalan harian. Antara fadhilat-fadhilat surah al-fatihah adalah:-
1. Sebagai pendinding diri dan keluarga.
2. Penawar pelbagai penyakit dan masalah.
3. Menghilangkan sifat pelupa.
4. Untuk menyembuhkan sakit mata.
5. Mendoakan orang sakit supaya cepat sembuh.