Saturday, February 25, 2012

Takziah buat Keluarga Tn. Hj Sahlan

Kami seluruh penduduk kampung Sungai Nibong ingin merakamkan takziah kepada keluarga Tuan Haji Sahlan Bin Kasmo yang telah kembali kerahmatullah pada 21hb. Feb. 2012 yang lalu. Semoga seluruh keluarga beliau sabar menghadapi dugaan yang amat besar ini. Sesungguhnya kami turut merasa kehilangan atas pemergian allahyarham. Kami berdoa semoga allahyarham akan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman Amin..

Wednesday, February 1, 2012

Takziah Buat Keluarga En. Md Nor Bin Sibon

Kami bagi pihak warga Kg Sungai Nibong ingin merakamkan takziah kepada En. Md Nor Bin Sibon dan keluarga diatas kembalinya kerahmatullah anak beliau iaitu adik Azizan Bin Md Nor 16, yang telah meninggal dunia pagi tadi dalam kemalangan jalanraya dihadapan surau 2, Kg.Sungai Nibong Semerah. Sesungguhnya kami juga merasa sedih dan hiba atas apa yang berlaku. Sesungguhnya tuhan lebih mengetahui apa yang dikehendakinya. Kami mendoakan semoga beliau dan keluarga bersabar dan menerima dugaan yang berat ini dengan tabah.
Al-fatihah buat roh allahyarham, semoga ditempatkan dalan kalangan orang-orang yang beriman.